13 April.

INGAT 13 APRIL, INGAT 13 PENIPUAN PH.

13 PENIPUAN BESAR KERAJAAN HARAPAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

  1. TIPU RAJA-RAJA

MENIPU RAKYAT DENGAN BERKATA RATIFIKASI STATUT ROME SUDAH MENDAPAT PERKENAN RAJA RAJA MELAYU DAN IA TIDAK MEMUDARATKAN RAJA-RAJA MELAYU. TAPI TANDATANGAN STATUT ITU DITARIK BALIK APABILA SEBENARNYA IA TIDAK DIBAWA KE PENGETAHUAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU, MALAHAN RATIFIKASI ITU ADA KESAN KEPADA INSTITUSI RAJA RAJA.

  1. TIPU KELAYAKAN

MENIPU RAKYAT DENGAN BERKATA KABINET PH MENGANDUNGI INDIVIDU BERINTEGRITI, JUJUR, BOLEH DIPERCAYAI. HAKIKATNYA SELEPAS ITU, ADA MENTERI & TIMBALAN MELAKUKAN SALAHLAKU MENIPU KELULUSAN AKADEMIK, MEMILIKI IJAZAH PALSU DAN SIJIL TERBANG (BELI).

  1. TIPU HARGA PETROL

MENIPU AKAN MENURUNKAN HARGA PETROL DI BAWAH RM1.50 SELITER. HAKIKATNYA HARGA PETROL HANYA TURUN DI ATAS RM2.00 SELITER. ITUPUN DISUBSIDI MENGGUNAKAN DUIT KUTIPAN CUKAI KEUNTUNGAN HARGA PETROL YANG DIBAYAR OLEH RAKYAT PADA HARGA MELEBIHI HARGA PASARAN, YANG CUBA DISOROK OLEH KERAJAAN.

  1. TIPU RAKYAT

MENIPU DALAM KEMPEN PRU14 DENGAN BERKATA DATIN SRI ROSMAH ADA MEMBELI CINCIN PERMATA BERLIAN. TAPI DI DEWAN RAKYAT BARU-BARU INI, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN PH MENGAKUI DATIN SRI ROSMAH TIDAK PERNAH MEMBELI CINCIN BERLIAN ITU. BELIAU JUGA BERKATA BARANG KEMAS YANG DIBELI DARI LUAR NEGARA TIDAK PERLU DIISYTIHARKAN.

  1. TIPU PELAJAR

MENIPU DENGAN BERKATA HUTANG PTPTN DIMANSUHKAN JIKA MENANG PRU14. TAPI SELEPAS MENANG, DILAKSANAKAN DASAR BARU IAITU HUTANG PTPTN WAJIB DIBAYAR SEMULA.

JUGA MENIPU AKAN MEMBERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA RAKYAT JIKA MENANG PRU-14. REALITINYA, TIDAK ADA PENDIDIKAN PERCUMA DIBERI. MALAHAN, KOS YURAN NAIK LEBIH MAHAL, SEHINGGA MAHASISWA BUAT DEMO. KINI YURAN KE UITM JUGA PERLU DIBAYAR

  1. TIPU RAKYAT

MENIPU DENGAN BERKATA HARGA BARANG JATUH LEBIH MURAH SELEPAS SST GANTI GST. TAPI HAKIKATNYA HARGA BARANG LEBIH MAHAL DAN KOS SARA HIDUP LEBIH TINGGI KERANA CUKAI BERGANDA 16% SST.

  1. TIPU TOL LEBUHRAYA

MENIPU DENGAN BERKATA KUTIPAN TOL DI SEMUA LEBUH RAYA AKAN DIMANSUHKAN. TAPI HAKIKATNYA RAKYAT MALAYSIA MASIH KENA MEMBAYAR TOL SAMPAI SEKARANG..

  1. TIPU RAKYAT

MENIPU DENGAN BERKATA SAMAN AES AKAN DIMANSUHKAN. DAP MENENTANG HABIS-HABISAN PELAKSANAAN AES SEMASA MEREKA PEMBANGKANG. REALITINYA, SELEPAS DAP & PH MENJADI KERAJAAN, SAMAN AES TETAP DITERUSKAN, MALAH LEBIH BANYAK KAMERA AES DIBELI.

  1. TIPU HUTANG NEGARA

MENIPU ANGKA HUTANG NEGARA SUDAH CECAH RM1 TRILLION. HAKIKATNYA, LAPORAN BANK NEGARA HANYA SEBUT HUTANG RM686 BILION. MALAH, HUTANG NEGARA MELONJAK KE LEBIH RM770 BILION HANYA SELEPAS 10 BULAN PH MEMERINTAH. BAYANGKAN APA JADI SELEPAS LIMA TAHUN.

  1. TIPU RAKYAT

MENIPU DENGAN BERKATA ECRL TERPAKSA DIBATALKAN KERANA DIBIMBANGI MALAYSIA AKAN DIJAJAH NEGARA CHINA AKIBAT HUTANG & MALAYSIA SENDIRI TAK ADA DUIT UNTUK MEMBAYARNYA.. AJAIBNYA, BARU-BARU INI DIUMUMKAN PROJEK ECRL AKAN DILAKSANA SEMULA. MALAH IA BOLEH PULA DILENCONGKAN KE RANTAU JIKA PH MENANG PRK RANTAU. INI SATU LAGI JANJI KOSONG.

  1. TIPU PELUANG PEKERJAAN

MENIPU DENGAN BERKATA, LEBIH BANYAK KERJA UNTUK RAKYAT JIKA PH MEMERINTAH. REALITINYA, RAMAI RAKYAT DIBUANG KERJA. SERAMAI 40,000 ORANG AKAN DIBERHENTIKAN TERMASUK PENJAWAT AWAM. JANJI WUJUD SEJUTA PELUANG KERJA HANYA SATU PENIPUAN. MALAH LEBIH RAMAI HILANG KERJA.

  1. TIPU EKONOMI

MENIPU EKONOMI MALAYSIA LEBIH KUKUH SEKARANG DAN PELABUR MAKIN RAMAI. HAKIKATNYA, BERBILION RINGGIT SUDAH DIBAWA KELUAR DARI PASARAN KEWANGAN MALAYSIA OLEH PELABUR KERANA DASAR FLIP-FLOP & POLITIK HURU HARA. AGENSI PENARAFAN ANTARABANGSA MENURUNKAN RATING MALAYSIA KEPADA 4.4% DARIPADA 4.7%. HARGA SAHAM MENJUNAM SETIAP HARI. BURSA MALAYSIA KEHILANGAN RM270 BILION SETAKAT INI DAN DIJANGKA BERTAMBAH.

  1. TIPU GAJI

MENIPU KONONNYA, PEKERJA AWAM & SWASTA AKAN DIBERI GAJI MINIMUM RM1,500 SEBULAN SELEPAS PH MEMERINTAH. REALITINYA, GAJI MINIMUM YANG DIBERI SEJAK 1 JAN 2019 HANYALAH RM1,050 SEBULAN.

APABILA TIBA 13 APRIL NANTI, INGATLAH 13 PENIPUAN UTAMA INI. JANGAN KENA TIPU LAGI. KEPADA PAKATAN HARAPAN, HIDUP DAN MATI MEREKA HANYALAH MENIPU.

Tommy..

TOMMY THOMAS TAK SEMPAT MENDAKWA NAJIB.

Tugasnya tamat pada penghujung bulan June…. melainkan ada keajaiban oleh Kerajaan PH. Seorang Peguam Negara dilantik dengan satu syarat nyata oleh Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 145. Peguam Negara.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

Maka seorang Peguam Negara terikat dengan skim perkhidmatan seorang Hakim.

Perkara 125 (1) memperuntukkan bahawa:
“125 (1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.

Dalam pencarian dalam google di lahirkan pada tahun 7hb September 1963…. Tetapi dalam pencarian lain…. dia lahir tahun 1952. Tiada maklumat tepat. Bagaimana pun mengikut biografinya beliau. Dia memperoleh ijazah undang-undang di Universiti Manchester pada tahun 1972 dan menjadi seorang peguam. Jika tahun 1972 beliau baru berusia 9 tahun jika lahir tahun 1963…. Dan berusia 20 tahun, jika lahir tahun 1952 masa mendapat kelulusan undang-undang dan layak menjadi peguam.

Jika berdasarkan lahir tahun 1952. Maka perkhidmatan akan tamat secara automatik pada penghujung Jun 2018 ia itu 66 tahun 6bulan. Bagaimana pun adakah Peguam Negara dikecualikan dari Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan? Ia itu jika hakim bersara wajib 66 tahun…. untuk tempoh enam bulan lagi perlu lanjutan dari Yang Di Pertuan Agung.

Maka kita bertanya, jika pelantikan sedemikan dibenarkan, ia itu tidak ada pengumuman Peguam Negara telah dilanjutkan perkhidmatan enam bulan lagi, apa yang akan terjadi kepada fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Majlis Raja-Raja?

Maka terkilanlah Tommy Thomas hendak beraksi dalam kes perbicaraan Najib Razak.

Bandar Sri Permaisuri
April 7, 2019

TH

🚩KENAPA TH JADI ISU?

Tabung Haji adalah simbol orang Islam. Ia melambangkan kekuatan, perpaduan, semangat dan roh semua orang Islam di Malaysia tanpa mengira apa parti sekalipun. Di dalam TH lah orang UMNO, PAS, PKR, Bersatu dan PAN boleh duduk sekali walaupun berlainan fikrah politik.

TH juga memanifestasikan kerjasama orang Islam dalam mengumpulkan aset orang Islam untuk mencapai tujuan bersama – iaitu menunaikan ibadat haji dan umrah.

TH menunjukkan contoh kekuatan orang Islam jika mereka bersatu. Aset TH yang menjangkau RM70 billion ini adalah jumlah yang besar. Aset Tan Sri Robert Kuok, orang terkaya pun baru mencapai RM52 billion. Lagipun mana ada institusi agama lain di Malaysia yang dapat mengumpul dana sebanyak itu. Sebab itulah ramai orang dan institusi yang iri hati dengan TH yang kaya.

Tidak kurang juga ada pihak yang cuba menggunakan TH sebagai modal untuk memperkayakan lagi diri mereka. Dan yang paling membimbangkan orang Islam ialah kemungkinan adanya agenda tersembunyi orang yang bencikan Islam untuk menghancurkan sebuah institusi yang menguruskan aset orang Islam.

Semoga orang Islam prihatin dengan perancangan halus pihak yang cuba meruntuhkan TH dengan segala usaha yang meragukan. Contoh, hibah yang rendah mungkin membuat pendeposit TH akan lari dari TH. Apabila krisis keyakinan orang Islam dapat ditanam maka orang Islam akan mengeluarkan aset mereka dengan banyak dan TH akan runtuh. Orang kafir akan bersorak apabila orang Islam sendiri lari dari TH. Apabila orang berpecah dan tidak berjemaah dalam menguruskan aset mereka maka mereka akan menjadi lemah dan senang dirobek oleh musuh Islam.

Sebab itu Islam menyuruh ‘berjemaah’ (عليكم بالجماعة) – baik solat berjemaah, haji berjemaah, hatta berpolitik pun perlu berjemaah. Kekuatan Islam dapat direalisasikan apabila berjemaah. Kita menuntut kerajaan PH membawa orang TH yang dikatakan menyeleweng duit TH didakwa di mahkamah.

Sekiranya ada agenda tersembunyi pihak tertentu pastinya orang Islam akan menghukum mereka. Ingat, Allah dapat melihat semua yang terang atau tersembunyi. Semoga Allah melindungi TH dari sebarang perancangan jahat dan terus mengukuhkan satu-satunya simbol kekuatan orang Islam.

Dr Muslim
10 April 2019

MAMPUCentre

BersatulahUntukIslam

SEJAHTERAbersamaISLAM

IslamMemimpin

PerpaduanUmmahBangkit

UmmahBangkitTolakPH

Jom KLIK dan LIKE
https://t.me/MAMPUCentre
https://www.facebook.com/mampu.centre

Dihukum.

SAYA DIHUKUM KERANA MELAKUKAN KESALAHAN BESAR MENDEDAHKAN BUKTI KERAJAAN PH SEDANG MENIPU

Oleh NAJIB RAZAK

Semalam, kerajaan PH mengemukakan usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk gantung keahlian saya dari Dewan Rakyat selama 3 bulan kerana saya telah dedahkan sebahagian dari dokumen laporan kertas putih Felda pada petang hari Selasa.

Pagi ini, usul dipindah pula oleh PH supaya saya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut.

Setelah debat selama 2 jam, usul ini sudahpun diluluskan oleh kerajaan PH.

Hakikatnya ialah, sejak bulan Februari, saya telah minta kerajaan PH untuk mendedahkan wujudnya “Put Option” dalam perjanjian pembelian 37% dalam Eagle High Plantation oleh FELDA.

Tetapi Kerajaan PH tidak mahu layan dan tak mengendahkan fakta ini kerana ia sangat jelas bercanggah dengan naratif propaganda mereka.

Put Option ini membolehkan FELDA jual kembali kepentingan 37% pada harga pembelian asal dan dicampur faedah 6% setahun.

Terma ini akan menjamin bahawa FELDA tidak akan rugi dengan pelaburan mereka di dalam syarikat yang berpotensi yang kini sudah capai pengeluaran 2 juta tan buah tandan segar – iaitu 10% dari pengeluaran seluruh Malaysia.

Faktanya, Eagle High yang kini masih pesat berkembang berjaya, sekaligus menjadikan FELDA untuk meraih untung besar pada masa hadapan.

Pada hari Selasa, kerajaan PH telah mengarahkan FELDA untuk membuat laporan polis terhadap dengan menuduh bahawa saya telah menipu FELDA tentang pembelian Eagle High dan menyebabkan kerugian berbilion.

Berita ini telah dilaporkan dengan meluas oleh media.

Fitnah yang amat besar ini adalah sangat tidak adil kerana FELDA sangat dekat dengan hati saya.

Oleh itu, pagi itu saya minta sekali lagi minta kerajaan PH untuk mendedahkan wujudnya Put Option ini. Tetapi sekali lagi, mereka tidak menjawab.

Pada sekitar pukul 6 petang hari Selasa, iaitu tak sampai sehari sebelum larangan tamat pada pukul 11:30 pagi hari Rabu, saya memuatnaik sebahagian kecil dari kertas putih FELDA yang tidak sampai 1/2 muka surat sebagai bukti bahawa Put Option ini benar-benar wujud.

Link di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156000507265952/

Ini membuktikan bahawa saya tidak menipu FELDA.dan kerajaan PH sekali lagi telah terang-terang memfitnah saya.

Tetapi, kerajaan PH tidak senang dengan pendedahan ini yang membuktikan mereka menipu sekali lagi dan mahu saya digantung dari Parlimen selama 3 bulan di atas sebab saya tidak menghormati Dewan yang mulia ini.

Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa undang-undang Dewan Rakyat patut dihormati dan sesiapa yang melanggar undang-undang Dewan Rakyat patut diambil tindakan.

Oleh itu, saya juga minta bahawa perlaksanaan undang-undang Dewan patutlah adil dan saksama – termasuk diambil ke atas ahli-ahli parlimen dari PH.

Saya bagi 4 contoh:

  1. Apakah tindakan yang diambil ke atas seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terang salah dan telah melanggar undang-undang Dewan dengan mengelirukan dewan baru-baru ini bahawa hutang rasmi dan nisbah hutang negara telah menurun di bawah PH walaupun fakta dan data rasmi menunjukkan sebaliknya dan hutang negara telah naik dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding di bawah BN?
    Pada pendapat saya, bercakap benar dalam Parlimen adalah sama-sama mustahak – terutama untuk isu penting seperti Hutang dan Ekonomi Negara.
  2. Apakah tindakan yang diambil ke atas seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan kononnya FGV tidak pernah mengalami kerugian sejak disenaraikan pada tahun 2012 sehingga tahun 2017 tetapi mengalami kerugian besar apabila PH mengambil alih adalah satu cerita dongeng padahal ini adalah fakta yang boleh disemak oleh semua?
  3. Apakah tindakan yang diambil ke atas seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan pada Ogos tahun lepas di dalam Dewan bahawa BN telah rompak duit GST sebanyak RM19.2 bilion dan ini telah terbukti sebagai satu fitnah?
  4. Saya juga ingin menarik perhatian kepada seorang penganalisa politik bernama Wong Chin Huat yang dekat dengan DAP. Pada bulan Mac tahun lepas, beliau telah menganjurkan satu forum untuk mendedahkan seluruh kertas parlimen (bukan sekerat kecil seperti saya) mengenai persempadanan semula (redeliniation) sebelum tempoh tamatnya embargo.

Beliau tahu bahawa ini melanggar undang-undang dewan dan kata pada masa itu bahawa beliau sedia untuk membayar denda RM1,000.

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap beliau dan siapakah ahli parlimen PH yang memberi kertas itu kepada Wong semasa tempoh embargo?

Bukan itu sahaja. Kini sudah 7 kali pilihanraya kecil.

Berpuluh tuduhan dengan bukti kukuh telah menunjukkan PH melanggar undang-undang pilihanraya dalam pilihanraya kecil ini.

Beri duit minyak, beri hamper, sogok pengundi dengan tawaran ubahsuai rumah, ugut calon BN, beri kupon makanan, belanja pengundi makan, menteri PH ceroboh masuk kereta calon BN, pakai logo parti dalam pusat undi semasa hari undi dan sebagainya.

Semua dikatakan salah oleh BERSIH dan SPR sendiri.

Tetapi tidak ada SATU pendakwaan dibenarkan oleh pejabat Pendakwa Raya di bawah telunjuk kerajaan Pakatan Harapan untuk membawanya ke Mahkamah.

Tetapi yang dihukum adalah saya hari ini kerana melakukan kesalahan yang amat besar iaitu mendedahkan bukti bahawa kerajaan PH sedang menipu.

Kerajaan PH sekali lagi membuktikan mereka adalah satu kerajaan yang tidak adil, tidak mahu telus dan tidak mematuhi Rule of Law.

Mereka sangat pantang bahawa penipuan dan fitnah mereka didedahkan oleh pihak lawan dengan fakta dan bukti. Mereka mahu rakyat semua menelan apa sahaja keluar dari mulut mereka tanpa soal.

PH boleh menggunakan segala jentera dan media kerajaan untuk menuduh dan memfitnah macam-macam terhadap saya dan BN.

Tetapi apabila saya pertahankan diri dengan bukti dan fakta bahawa mereka menipu lagi, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan segala kuasa kerajaan yang mereka ada untuk diamkan saya.

BACA DI ANINA.MY

https://anina.my/2019/04/11/saya-dihukum-kerana-melakukan-kesalahan-besar-mendedahkan-bukti-kerajaan-ph-sedang-menipu/